Rundingan vs Ketegasan: Mempertahankan Hasil Sabah

Sabah, Malaysia

Pos Threads ini bawa persoalan penting: adakah rundingan GRS dengan Putrajaya satu strategi melindungi rakyat atau tanda kelemahan? Sejarah tunjukkan pusat pernah guna pemotongan dana dan sekatan untuk menjadikan Sabah sebagai tebusan politik, jadi pendekatan GRS yang menumpu kestabilan sebenarnya lahir dari realiti itu — namun tuntutan terhadap hasil bumi dan maruah Sabah mesti terus disuarakan.

Satu Pos di Threads Kata:

“Kerajaan GRS Sabah (perlu) berani bersuara sebagai wakil rakyat untuk mempertahankan hasil bumi Sabah demi rakyat yang miskin.

Contohnya, Ketua Menteri Sarawak tegas kerana rakyatnya, bukan kerana mahu hidup sendiri.”

Berita Sarawak Menegaskan Hak

Saya Balas:

“Kerajaan kita, GRS, lebih menumpukan kepada kestabilan dan berunding dengan kerajaan pusat untuk mempertahankan hak dan maruah Sabah.

Kita pernah mempunyai kerajaan yang radikal, tetapi itulah kerajaan pusat telah mengugut dengan menyekat usaha dan dana ke Sabah, menyebabkan rakyat sengsara seperti menjadi tebusan.

Tapi, tidak mengapa; ini bermaksud ruang untuk aktivisme dan rakyat hidup seperti biasa adalah lebih baik. Apapun, mari kita jangan putus harapan akan kesejahteraan dan keadilan terhadap Malaysia dan Sabah.”

Rundingan bukan bermakna mengalah — ia satu taktik; tugas kita adalah gabungkan aktivisme, tuntutan secara berjemaah dan tekanan secara awam supaya Sabah tidak lagi dijadikan sumber eksploitasi. Teruskan tuntut autonomi nyata, kawal hasil kita, dan pastikan suara rakyat Sabah sentiasa diutamakan.

“Sejarah membuktikan bahawa kebenaran sentiasa berdiri dengan sendirinya dan bertahan selama-lamanya.”


Kalvin Carefour Johnny